Selasa, 31 Desember 2013

Tips Agar Rasa Kopi Tetap Nikmat

0 komentar
Tips Agar Rasa Kopi Tetap Nikmat

Kopi adalah salah satu minuman favorit orang Indonesia, di mana minuman ini dapat dinikmati dalam berbagai suasana, dari restoran bahkan warung kopi sekitar.

Kopi telah menjadi bagian dari gaya hidup sebagian orang. Minuman kopi memiliki rasa yang khas, namun kesegarannya dapat dipengaruhi oleh faktor udara, kelembapan, suhu dan lainnya.

Tentu Anda tidak ingin rasa asli kopi Anda berubah bukan? Berikut cara menjaga rasa kopi agar tetap nikmat.

1. Letakkan kopi di tempat yang pas
Jangan meletakkan bubuk kopi di tempat yang panas seperti kompor, oven atau tempat yang terkena sinar matahari langsung. Simpan bubuk kopi di tempat yang dingin dan kering serta bersuhu sekitar 5°C.

2. Jangka waktu
Jangan membeli kopi terlalu banyak, cukup untuk  kebutuhan 1 minggu saja. Karena kopi yang terlalu lama disimpan akan mempengaruhi rasanya.

3. Cara membuat kopi
Jika Anda membuat kopi dengan coffee maker, sebaiknya cuci bersih alat yang digunakan. Jangan ada bekas kopi yang sebelumnya, karena akan mempengaruhi kualitas rasa kopi nantinya.

Gunakanlah air mendidih yang telah didiamkan selama 30-60 detik sebelum dituangkan dalam gelas agar rasa kopi lebih tajam saat diminum.

Berapa gelas kopi yang Anda minum dalam sehari?
Read more ►

Gambar Operasi Menyelamat Bas Genting

0 komentar

Beberapa keping gambar menunjukkan Anggota Bomba dan Penyelamat terpaksa menggunakan kren dan tali dalam usaha menyelamatkan penumpang tragedi bas henti-henti Genting yang sedang menghala ke Kuala Lumpur. Bas berkenaan menyediakan perkhidmatan ulang-alik dari Hentian Pekeliling di ibu negara ke Genting Highlands setiap hari.

Bas berkenaan dipercayai membawa 49 penumpang terbabas dan terhumban sedalam 60 meter ke dalam gaung sehingga menyebabkan 10 orang maut setakat ini dan 15 lagi cedera.

Gambar dimuatnaik ke laman FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Selangor.









Read more ►

Senin, 30 Desember 2013

Kisah Benar Bayiku Meninggal Dan Aku Tidur di Sisinya Selama 3 Hari

0 komentar
  01 Agustus 2013
 
(c) dailymail.co.uk
Carrie Curtis tak pernah menyesali keputusannya untuk memelihara janinnya selama ini. Ia sudah disarankan oleh para petugas medis untuk menggugurkan bayinya disebabkan sang bayi mengalami Potter Syndrome yang menyebabkan masalah pada pembentukan ginjalnya.

Hampir setiap minggu ketika dia mengandung, ia diminta untuk segera menggugurkan bayinya. Namun dia menolak kerana masih melihat degupan jantung yang kuat dari calon bayinya. "Aku ingin memberinya kesempatan untuk hidup sedapat mungkin," ujar Curtis yang masih berusia 20 tahun ini.

"Aku tahu kesempatannya untuk bertahan mungkin hampir nihil, namun selama dia masih memiliki degupan jantung, aku tak akan mengubah keputusanku (untuk tidak gugurkannya) - tak peduli berapa kali doktor memintaku melakukannya," ujarnya lagi.
(c) magic828.co.uk 
(c) magic828.co.uk
Semangat sebagai seorang ibu yang dimiliki Carrie membawanya pada hari hingga akhirnya dipertemukan bersama sang anak. Carrie Curtis akhirnya melahirkan puteranya yang bernama Charlie secara normal. Segera setelah ketika itu, Charlie dibawa ke inkubator.

 Namun kerana   dia lahir tanpa paru-paru, tak banyak yang dapat dilakukan. 19 minit merasakan dunia, Charlie pun meninggal dunia.
"Mereka membalutnya dengan kain handuk dan membiarkanku memeluknya. Charlie membuka matanya dan melihat ke arahku yang akan menjadi kenangan tak terlupakan bagiku," kata Carrie.

Sebagai seorang ibu, Carrie tak pernah mendengar Charlie menangis, namun selama 3 hari, dia menikmati berada di sisi bayinya. "Aku diperbolehkan memeluknya dan bersamanya selama yang aku inginkan. Awalnya begitu berat kerana aku berharap matanya akan terbuka. Namun semakin lama aku di sisinya, terasa sangat nyaman bagiku."

Sindrom Potter adalah sebuah penyakit yang menyerang 30,000 bayi yang ada di dunia. Penyakit ini mempengaruhi pembentukan ginjal yang penting untuk produksi cairan amniotic dalam janin. Kondisi ini boleh menyebabkan banyak hal seperti mengganggu pertumbuhan dan pergerakan bayi, mengganggu pertumbuhan paru-paru bayi dan janin.
(c) dailymail.co.uk 
(c) dailymail.co.uk
Dalam beberapa kes, bayi-bayi sempat dilahirkan, namun dengan resiko kematian yang sangat tinggi. Boleh jadi kerana gagal nafas setelah satu sampai dua hari dilahirkan.

Kehilangan bayi pertama bagi seorang ibu tentu menjadi hal yang sangat menyakitkan. Namun kini Carrie mencuba melakukan hal positif untuk mengenang puteranya, yaitu dengan membuat program amal bernama Charlies Angel untuk mereka yang mengalami hal serupa dengan yang terjadi pada Charlie. Semoga dengan melakukan hal ini, Carrie boleh menjadikan pengalamannya sebagai inspirasi bagi banyak ibu muda.
 sumber:Vemale.com
Read more ►

Kematian William Semakin Menjadi Misteri

0 komentar

Kematian William

Negara dikejutkan dengan penemuan mayat William Yau Zhen Zhong, 6, yang jasadnya ditemui terapung di jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang pada 24 Januari lalu.
Hari ini, pihak polis mengesahkan mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui itu memang sah William selepas menerima laporan awal ujian ‘deoxyribunucleic acid’ (DNA) oleh Jabatan Kimia.
Ia bertepatan dengan sampel DNA yang diberikan oleh ibu bapa William sendiri, Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32.
Maka, secara rasminya William Yau sudah ditemui walaupun hanya jasadnya sahaja selepas dia dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights.
William dipercayai hilang dan tidak dapat dikesan selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik. Itulah versi yang kita semua faham setakat ini.
Walaupun mayat William sudah ditemui….namun ia bukan penghujung kepada kisah malang kanak-kanak itu.
Sebaliknya, penemuan mayat William membawa semakin banyak tanda tanya dan misteri kepada pihak polis dan masyarakat.
Malah, kes kematian anak kedua pasangan berbangsa Cina itu sepertinya membuka ‘episod’ baru dari sehari ke sehari.
Menurut laporan akhbar Kosmo hari ini, polis ada menerima laporan kemungkinan terdapatnya unsur penderaan terhadap mangsa.
Ini kerana, terdapat beberapa kesan lebam ditemui di anggota badan William.
Justeru, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ibu bapa William akan dipanggil semula untuk memberi keterangan terhadap laporan dera yang diterima.
“Bagaimanapun, ia akan dilakukan selepas kita menerima keputusan penuh bedah siasat dan ujian DNA ke atas mayat kanak-kanak yang dipercayai William itu. DNA biasanya akan diperoleh dalam tempoh 72 jam hari bekerja,” kata Yahaya.
Sementara itu, dalam laporan berita akhbar The Star, satu lagi tanda misteri ‘muncul’ berhubung kematian William.
Pihak polis ketika ini sedang meneliti semula kesemua bukti yang ada termasuk kenyataan bercanggah dari keluarga mangsa dan saksi.
Setiap kenyataan yang diberikan kepada pihak polis amat berbeza antara ibu bapa dan abang kepada William.
Antara kenyataan yang bercanggah datangnya dari bapa William sendiri di mana, pada hari William dilaporkan hilang, Kok Kang hanya menyedari kehilangan William selepas jangka masa 15 minit memandu kereta?
Bukan itu sahaja, persoalan lain yang timbul adalah mengapakah abang William tidak memberitahu kepada ibu bapanya akan kehilangan William?
Percanggahan kenyataan antara keluarga dan orang-orang yang rapat dengan William menjadikan kes itu mungkin berubah dari kematian mengejut kepada pembunuhan.
Ia bertepatan dengan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zini bahawa kes William yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tidak bermakna bahawa polis tidak akan menyiasat kemungkinan lain termasuk pembunuhan.
“Kita masih akan menjalankan siasatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak lelaki itu dibunuh atau mati kerana kemalangan.
“Kami sedang menjejaki semula semua penemuan kami dengan teliti sepanjang siasatan,” katanya.
Nyata, pada peringkat ini, kes melibatkan William semakin kusut dan semakin misteri.
Persoalannya…apakah yang berlaku adalah kemalangan atau jenayah berat?

Sumber

Read more ►

Rumah Aznil Nawawi Dirompak Semalam

0 komentar




Rumah Aznil Nawawi Dirompak: Rumah pengacara TV terkenal, Aznil Hj. Nawawi dipecah masuk perompak pukul 10 malam tadi.

Kejadian rompakan tersebut berlaku di kediaman Aznil Hj. Nawani di Taman Yarl. Pada masa kejadian tersebut berlaku, hanya ibunya bersama dua orang amah yang berada di rumah. Manakala Aznil tidak berada di rumah.

Menurut sumber, selebriti terkenal tersebut mengalami kerugian hampir RM40,000. Kejadian yang tidak disedari itu telah mengakibatkan kehilangan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki. Turut hilang ialah sebuah komputer riba dan sehelai pakaian.


sumber

Read more ►

Minggu, 29 Desember 2013

Bagaimana Kalau Obama Jadi Putih

0 komentar

 


Share
Barack Obama adalah presiden Amerika Syarikat pertama yang berkulit hitam.
Bagaimana Barack Obama bila berkulit putih ?
Apakah ia akan menjadi presiden AS ke-44 ?
 
Sebelum Ganti Kulit :



Setelah ganti kulit. Taraaaaaa.....


{kaskus.us/showthread.php?t=3740334}
Read more ►

Misteri Kampung Setan di Sinjai

0 komentar
Kampung Setan memang terdengar menyeramkan, namun bagi masyarakat kelurahan Alehanuae dan sekitarnya nama itu sudah biasa didengar. Kampung setan adalah nama salah satu tempat di Kelurahan Alehanuae, Kecamatan Sinjai Utara, Kabupaten Sinjai.
Kampung Setan

Tak jelas siapa yang pertama kali memberinya nama Kampung Setan. Sesuai keterangan beberapa masyarakat, ada sejumlah kisah misteri yang bersumber dari kampung tersebut. Di sekitar kampung itu terdapat sejumlah rumah panggung penduduk yang letaknya saling berjauhan.


Sekitar 35 tahun yang lalu Asbar (45 th) pernah tinggal bersama neneknya di kampung itu sekitar 2 tahun lamanya. Ketika itu berbagai pengalaman mistik yang Asbar rasakan, namun belum mengerti sama sekali arti dari setiap kejadian yang di alaminya. 

Misalnya suatu ketika diajak bersama kakak sepupu pergi mencari buah mangga masak dimalam hari bersama anak-anak kampung setempat, kebetulan waktu itu lagi musim mangga dan sudah menjadi kegembiraan anak-anak setempat mencari buah mangga yang jatuh dimalam hari.

"Saya masih ingat ketika itu karena malam semakin larut, teman-teman pada tidur semua di bawah pohon mangga, tinggallah saya seorang yang tidak bisa memejamkan mata, entah apa sebabnya. Tiba-tiba terdengar suara mangga yang jatuh di tengah semak belukar, saya pun berlari menuju tempat jatuhnya mangga tersebut dengan membawa obor yang terbuat dari daun kelapa yang telah di anyam. Setelah merasa yakin dengan apa yang saya lihat, mangga itu lalu saya raih," ujar Asbar.

"Setelah meraih mangga yang ada dihadapan saya, ternyata bukan mangga melainkan kepala manusia kerdil yang tidak memiliki jasad, kepala itu saya pandangi, seketika dia tersenyum pandangannya tajam memancarkan aura merah, saya terdiam seribu bahasa bagaikan terhipnotis, seluruh persendianku kaku di buatnya," lanjut Asbar.

"Sayapun meletakkan kepala itu ke tanah dan tiba-tiba berguling lalu lenyap di tengah kegelapan malam. Pengalaman ini tidak pernah menjadi sebuah perenungan buat saya, sebab mungkin ketika itu masih kanak-kanak. Setelah sedikit mempelajari ilmu kegaiban saat dewasa, barulah saya mengerti bahwa ketika itu yang saya temui adalah mahluk gaib yang mendiami kampung setan," tambahnya.

Puang Katang (70 th) salah satunya yang banyak tahu, sekaligus berprofesi sebagai dukun kampung yang sering dimintai bantuannya jika ada warga yang kesurupan jin atau ruh-ruh gentayangan. 

Menurut keterangan yang kami peroleh,bahwa tidak ada yang mengetahui dengan pasti sejak kapan adanya penamaan kampung setan itu, yang jelas katanya dahulu kala ada warga yang sempat melihat rombongan wanita cantik berpakaian serba kuning menuruni bukit menuju sebuah sumur tua yang adanya di tepi hutan kampung. 

Setelah mereka semua tiba di sumur seketika itu lenyap entah ke mana perginya, saat itulah masyarakat menamainya sumur setan yang adanya di kampung setan.

Kampung Setan

"Pernah ada salah seorang warga yang sekarat diakibatkan oleh ulah jin yang mendiami kampung itu, hanya disebabkan orang tuanya pernah menebang pohon besar yang merupakan tempat tinggal jin di sekitar halaman rumahnya. Beruntung berkat pertolongan Allah akhirnya orang itu dapat di sembuhkan," ujar Puang Katang. 

Pada malam harinya dia bermimpi bertemu dengan dua orang wanita mengenakan mukena berjalan menuju Masjid. Wanita itu lalu menyapa Puang Katang dengan nada menampakkan kebencian, katanya, "Seandainya kamu tidak mengobati Asri (nama anak yang sakit), kami sudah membunuhnya, tapi kali ini hanya peringatan buat siapa saja yang sewenang-wenang menebang pohon tanpa terlebih dahulu meminta izin."

Kampung setan umumnya di huni jenis jin yang mayoritas berjenis kelamin wanita, dan memiliki seorang Ratu. Dahulu kala sampai saat ini, umumnya masyarakat pedesaan, ketika menemukan hal-hal yang bersifat gaib di katakannya ulah Setan.

Padahal penamaan Setan dalam konsep ajaran Agama Islam adalah jenis makhluk gaib ciptaan Allah yang tidak dapat terlihat dengan pandangan mata biasa, tetapi dengan menggunakan pandangan mata bathin, mahluk dari golongan bangsa jin yang punya perilaku buruk.

Tidak semua jenis jin buruk, seperti halnya bangsa manusia. Kalaupun ada manusia yang punya masalah dengan jin, itu di akibatkan oleh ulah manusia itu sendiri karena tidak memahami aturan-aturan hidup dunia jin.

Majalah Mitos
Read more ►

LRT rosak penumpang terpaksa jalan atas landasan

0 komentar

ISNIN, 23 APRIL 2012




SINGAPURA -SERAMAI 11 penumpang terpaksa memberanikan diri berjalan di atas landasan atas tanah ini (gambar) setelah khidmat LRT Bukit Panjang tergendala, petang semalam.

Syarikat SMRT, dalam kenyataannya semalam, berkata gerabak LRT yang dinaiki mereka terhenti di tengah-tengah landasan antara stesen Bukit Panjang dengan Senja sekitar 4.45 petang.

Akibatnya, para penumpang terpaksa berjalan sekitar 150 meter di atas landasan itu - yang seluas 1.5 meter dan difahamkan anggaran setinggi flat tiga tingkat - untuk ke stesen Senja.

Khidmat LRT di laluan A, tempat gerabak tersebut terhenti, tergendala selama dua setengah jam hingga 7.15 malam. Khidmat LRT di laluan B pula tergendala selama sembilan minit dan di laluan C, hampir sejam.

Seorang penduduk, Encik Azman Zaini, 50 tahun, yang menyaksikan insiden tersebut dari rumahnya di tingkat empat di Jelebu Road, terdengar bunyi dentuman yang kuat diikuti dengan bunyi menciut pada 4.45 petang.

Beliau kemudian menelefon polis dan sempat mengambil gambar dan video kejadian tersebut,

Saya lihat ada penumpang membawa kanak-kanak. Bayangkanlah, pasti ia satu pengalaman menyeramkan. Takut juga kalau-kalau mereka terkena kejutan elektrik semasa berjalan di atas landasan, ujar beliau.

SMRT berkata kakitangannya tiba untuk membantu penumpang yang terkandas dalam gerabak tersebut dalam masa kurang lima minit. Sepanjang gerabak terhenti, hawa dingin dan lampu tidak dimatikan, katanya.

Para penumpang kemudian ditemani kakitangan dan berjalan di atas landasan tersebut, yang menurut SMRT, selamat dan biasa digunakan kakitangan penyelenggarannya.

Gerabak yang rosak itu kemudian dicantumkan dengan sebuah lagi gerabak LRT dan ditolak ke stesen berdekatan.
Read more ►

Sabtu, 28 Desember 2013

Budak Terpaksa Tanggung Azab Didera

0 komentar
Budak Terpaksa Tanggung Azab Didera


GOMBAK – Seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia dua tahun terpaksa menanggung azab dan mungkin akan trauma sepanjang hayat selepas didera tanpa belas kasihan oleh teman lelaki ibunya yang dipercayai khayal selepas mengambil dadah.
Dalam kejadian Isnin lalu, ibu angkat mangsa, Roszaidah Mohd Salleh, 30, berkata, dia menerima panggilan daripada ibu kandung kanak-kanak itu memintanya datang ke rumah di Kampung Desa Aman
selepas tidak tahan melihat anaknya itu didera dengan kejam oleh teman lelakinya sejak seminggu lalu.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan itu dia bergegas ke rumah kanak-kanak itu namun setibanya dia di rumah itu, didapati berkunci malah panggilan juga tidak berjawab menyebabkan dia terpaksa meminta bantuan polis.
Roszaidah berkata, polis yang tiba kemudiannya bertindak mengarahkan pintu rumah itu dibuka sebelum dia menemui anak angkatnya Norfatin Aqilah Abdullah berada dalam keadaan menyayat hati.
“Saya terkejut apabila melihat Norfatin berada dalam keadaan lemah dengan kesan lebam dan luka di beberapa bahagian badan termasuk muka,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang di sini, semalam.
Menurutnya, teman lelaki adik angkatnya itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Desa Jaya manakala dia diarah untuk membawa kanak-kanak itu untuk pemeriksaan doktor di Hospital Selayang.
Katanya, Norfatin yang sudah boleh bercakap sempat menceritakan kejadian bagaimana dia diikat dan dipukul.
Pemeriksaan lanjut pihak hospital mengesahkan kanak-kanak itu memang didera dan terpaksa ditahan sehari di hospital untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, terdapat kesan ikatan pada pergelangan kaki dan tangan manakala kesan luka, termasuk lebam lama dan baru selain kesan seperti dicucuh putung rokok.
Roszaidah berkata, ibu kandung mangsa berusia 27 tahun menjalin hubungan dengan suspek berusia awal 20-an sejak lebih tiga bulan lalu.
“Hak penjagaan Norfatin memang diletakkan di bawah nama saya dan telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara namun memikirkan ibunya mahu berkahwin dengan lelaki itu, saya bersetuju untuk menyerahkan Norfatin kembali namun tidak sangka jadi begini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Menurutnya, polis telah meneliti laporan perubatan kanak-kanak termasuk menyoal siasat ibu angkat dan kandung kanak-kanak itu serta suspek terlibat kini telah ditahan untuk siasatan lanjut. – SinarHarian
Read more ►

Imej hantu budak dirakam

0 komentar






GAMBAR yang dirakamkan oleh Fores menunjukkan imej seorang budak lelaki (dalam bulatan)di Sekolah Rendah Alaby, Hull Britain.

HULL, England - Seorang pekerja pembinaan, John Fores, 47, terkejut apabila dia mendapati gambar yang dirakamkan menerusi telefon bimbitnya memaparkan imej hantu seorang budak lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mendakwa, imej itu dirakamkan di bangunan Sekolah Rendah Anlaby dekat sini di East Yorkshire yang diruntuhkan untuk tujuan pembinaan semula.

Namun, semasa Fores melihat kembali gambar yang telah dirakamkan itu, dia ternampak bayang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia lapan tahun dan memakai topi gelap sedang berdiri memandang ke arah kamera telefon bimbitnya.

"Saya mengambil beberapa gambar selepas waktu tengah hari dan pada waktu itu saya tidak menyedari apa-apa yang aneh.

"Namun, semasa melihat foto tersebut di komputer, saya terpandang imej itu dan bulu roma saya meremang," katanya.

Penjaga sekolah tersebut, Gordon Bradshaw, 54, berkata, bangunan sekolah yang dibina pada 1936 itu mempunyai reputasi sebagai berhantu.

"Saya sudah berada di sini sejak 29 tahun lalu dan ramai budak yang mendakwa mereka pernah ternampak satu lembaga hantu di sekolah ini tetapi saya pula tidak pernah melihatnya," kata Bradshaw. - Agensi
Read more ►

Jumat, 27 Desember 2013

Wanita Ini Melahirkan Anak Sendirian Di Tepi Jalan

0 komentar
 
China – Seorang ibu yang tidak mempunyai rumah  telah melahirkan anak lelakinya di lorong gelap sebuah pasar raya di daerah Baiyun.
Dengan berbekalkan gunting sahaja, beliau menggunting tali pusat bayinya dan uri dibuang ke dalam tong sampah.Beliau kemudiannya berjalan sehingga lebih 6 KM sambil mengendong bayi yang baru lahir tersebut.
Bayi tersebut langsung tidak dibalut dengan kain oleh wanita tersebut. Orang sekeliling cuba menghulurkan bantuan terhadap wanita tersebut tapi tidak dibenarkan oleh wanita terbabit.
Namun selepas didesak orang ramai,akhirnya bayi tersebut di bawa ke hospital berdekatan.
Namun, wanita itu bertindak keluar dari hospital tersebut selepas kira-kira lima jam berada di sana.
Dia kemudiannya sekali lagi dilihat merayap di sekitar jalan di bandar itu.Malah dia sempat meletakkan bayinya di atas jalan tanpa sebarang alas sewaktu hendak meminum air di dalam lopak berhampiran.Polis dipanggil tidak lama selepas itu bagi membolehkan keadaan wanita dan bayi lelakinya diberikan rawatan sekali lagi di hospital.
Pihak hospital memaklumkan yang wanita tersebut mengalami masalah tekanan jiwa dan mental yang teruk.
Difahamkan wanita tersebut sudah merayap di sekitar bandar Guangzhou sejak beberapa bulan lalu dan hanya memakan sisa-sisa makanan yang dibuang.






Read more ►

GM13 tarik diri sokong calon Pakatan di Pekan

0 komentar

Harakahdaily 

Nazri Abdullah, 18 Apr 2013
PUTRAJAYA: Gerakan Mahasiswa PRU-13 (GM13) malam tadi mengumumkan menarik balik hasrat mereka untuk meletakkan calon bertanding melawan Datuk Seri Najib Razak di parlimen Pekan.

Sebaliknya mereka akan memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat yang akn bertanding di situ.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang, pada ceramah Tawan Putrajaya 2013 di Desa Pinggiran Putra di sini malam tadi.

Safwan berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Rakyat dengan Najib.
"Pada malam ini kami mengisytiharkan tarik diri dari meletakkan calon di Pekan tetapi masih mengisytihar perang kepada Umno BN," katanya dalam satu ucapan ringkas.
Hadir sama, Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Nasional (MPN), Mohd Bukhairy Mohd Suffian yang sebelum ini diisytihar calon mahasiswa di Pekan.

Sebagai tanda penarikan diri dan menyokong Pakatan Rakyat, mereka menyerahkan dokumen Manifesto Mahasiswa kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. (Gambar)
"Kami berjanji akan menjadi jentera barisan hadapan untuk Pakatan Rakyat, " kata Safwan lagi.

Pada 5 April lalu, GM13 mengumumkan Mohd Bukhairy sebagai calon tajaan mereka bertanding di Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Bagaimanapun, dengan pengumuman penarikan diri malam tadi itu, calon PKR Fariz Musa dijangka akan berdepan satu lawan satu dengan Najib.
Read more ►

Kakitangan awam dapat satu kenaikan gaji tahunan

0 komentar
sinarharian
11 Mac 2013
Kakitangan awam dapat satu kenaikan gaji tahunan
Sebahagian penjawat awam bertafakur dan berdoa memberi penghormatan kepada anggota keselamatan yang terkorban di Wisma Bapa Malaysia hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.
"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020, di sini.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.

Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).
Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.
"Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

"Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara," katanya.
Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.

Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan. - Bernama
Read more ►

Kamis, 26 Desember 2013

Gambar Elia Bakal Kahwin Jalani Ujian HIV

0 komentar
Salam semua,

Gambar Elia Bakal Kahwin Jalani Ujian HIV

Gambar Elia bekas tunang Khairul Fahmi dikatakan bakal berkahwin kerana telah menjalani ujian saringan HIV. Melalui blog  Elia sendiri iaitu jejariruncing, Elia telah membuat satu ujian HIV bagi memenuhi prosedur Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam urusan perkahwinan. Kalau betullah Elia dah nak kahwin, mesti melepas la Khairul  Fahmi ni. Dah xde jodohlah namanya tu. [Melvister]








Read more ►

10 Kebiasan Buruk Pria dalam Kesehatan

0 komentar
Berikut ini 10 daftar kebiasan buruk pria bagi kesehatan 
1. Minum Minuman Keras. Meskipun haram dalam beberapa agama, namun masih banyak yang melakukan. Bahkan pada tahap tertentu seseorang akan sangat tergantung pada minuman keras. Di negara-negara yang membolehkan minuman keras beredar, kebiasan mabuk seolah menjadi tradisi dan sering melupakan dampak jangka panjang terhadap kesehatan. Alkohol berhubungan dekat dengan kematian dalam banyak kasus selain bisa menyebabkan obesitas dalam waktu cepat. 
2. Menghindari Dokter Penelitian Charity Men’s Health Forum menunjukkan pria 20 persen lebih sedikit daripada wanita dalam hal mengunjungi dokter jika mereka sakit. Mengunjungi dokter bagi para pria adalah pengalaman yang tidak menyenangkan. 
3. Malas melakukan Check Up Sama seperti mengunjungi dokter, melakukancheck upterhadap gejala penyakit adalah hal yang menyebalkan. Para Pria takut, tak mau mengetahui penyakit dan bingung apa yang harus dilakukan jika melakukan cek medis. 
4. Menyimpan masalah Secara umum, pria sangat jarang berbicara tentang perasaan mereka dibanding para wanita. Mereka sulit mengekspresikan emosi atau sekedar meminta dukungan dalam sebuah masalah. Karena faktor ini para pria lebih rentah terserang depresi dibanding wanita, dan sekitar 77 persen dari yang depresi ingin mengakhiri hidupnya. Memendam kemarahan sama dengan merugikan kesehatan pria itu sendiri 
5. Stres dalam bekerja Sama sama memiliki tekanan dalam bekerja, namun menurut survei oleh Medicash terhadap 3.000 pekerja, Pria empat kali lebih banyak izin sakit karena stress dibanding pekerja perempuan. Stres dalam pekerjaan bisa berakibat buruk ke jantung dan stroke. Sangat penting untuk mencari cara mengurangi stres para pria dalam pekerjaan 
6. Mandi Air Panas Banyak pria ingin bersantai dengan sering berendam air panas. Peneliti dari University of California menemukan bahwa air panas dapat dengan signifikan menurunkan kesuburan pada pria. Sperma berkembang baik di lingkungan yang dingin, sehingga harus dihindari panas di daerah ini termasuk mandi air panas di jacuzzi atau menggunakan laptop di atas paha. 
7. Tidak pernah memakai tabir surya. Kanker kulit adalah jenis kanker yang sering ditemui di Inggris dan pria dalam studi adalah pasien terbanyak. Dalam penelitian 52 persen wanita rajin menggunakan tabir surya dibandingkan pria yang hanya 37 persen. padahal pria melakukan aktivitas luar lebih banyak dibandingkan para wanita 
8. Kamar mandi yang tidak higienis Apakah para pria mencuci tangan setelah dari kamar mandi? menurut sebuah studi dari assosiasi sabun dan deterjen di Amerika, satu dari tiga pria tidak melakukannya. Lebih jauh, sebuah study di Inggris menyebutkan hanya satu dari tiga pria yang mencuci tangan menggunakan sabun. Tidak mencuci tangan adalah permulaan dari infeksi, jamur dan penyakit lainnya. 
9.Tidak gosok gigi! Dalam sebuah studi oleh asosiasi dokter gigi Amerika, hanya 66 persen dari para pria yang sikat gigi dua kali atau lebih dalam sehari. Bandingkan dengan wanita yang mencapi 86 persen. Selain itu dalam penelitian yang sama, wanita dua kali lebih rajin rutin memeriksakan giginya dibanding para pria.
10. Sering makan fast food Fast food menjadi budaya di beberapa negara. banyak diantara kita yang bertambah berat badan secara drastis akibat konsumsi fast food berlebihan, sebagian besarnya adalah pria. Dalam survei oleh Pew Research Center, 47 persen pria setidaknya makan fast food sepekan sekali sedang wanita hanya 35 persen diantaranya
sumber
Read more ►

Lowongan Kerja di Warna Advertising Solo

0 komentar
Warna Advertising merupakan perusahaan advertising terbesar yang bergerak di bidang periklanan. Berkantor pusat di Solo, memiliki workshop sendiri dan cabang di Jakarta, mengundang para Profesional Muda untuk sukses bersama kami dengan mengisi posisi sbb:

ACCOUNTING EKSEKUTIF (AE)

Dengan kualifikasi sebagai berikut :
Baca selengkapnya »
Read more ►

Rabu, 25 Desember 2013

Barisan Tentera wanita Korea Utara Berada di Garis Depan Dengan Skirt Pendek

0 komentar
Jajaran Tentara Perempuan Korea Utara Berada di Garis Depan Dengan Rok Pendek
 Seperti robot, kaki mereka naik dan turun dalam kesatuan yang sempurna, ratusan tentera wanita Tentera Rakyat Korea Utara pawai di Kim Il-sung Square, di Pyongyang untuk menandai 60 tahun sejak akhir Perang Korea.

Kaki mereka terbungkus sepatu pantofel dengan tumit tinggi, skirt pendek, dan melakukan gerakan jalan ditempat dan baris-berbaris yang sangat rapi.

Kebersamaan itu adalah hasil dari ratusan jam latihan di mana rekrut  sempurna formasi mereka berbaris baik dengan menghubungkan lengan, atau bahkan dengan cara diikat di leher dengan tali.

Tapi lebih dari rasa kesenian, adegan ini pada akhir minggu ini dirancang untuk menjadi tampilan kejam kekuatan tentera.

Setiap wanita memiliki rambut yang dipotong untuk standard panjangnya dan ditentukan yaitu setengkuk.



Setiap wanita memiliki satu atau dua medal  di dada kanannya tergantung pada catatan servisnya, sementara mereka juga olahraga tali seremonial melilit masing-masing sepatu. Lencana topi menunjukkan bintang merah yang muncul pada bendera nasional

Semua tentera wajib   menjalani latihan selama tiga hingga lima tahun, dimulai dengan bulan pelatihan intensif di mana hukuman fisik tidak diketahui seperti apa.





Para wanita mendapatkan cuti dua minggu hanya sekali selama seluruh jangka waktu layanan mereka, yang dapat mencakup sepuluh hari untuk menikah atau untuk pemakaman orangtua.

Tentera wanita semakin hadir di perusahaan garis depan, meskipun mereka yang paling banyak terwakili dalam perang psikologis unit, rumah sakit dan administrasi.

Banyak dari mereka menjaga instalasi tentera tetap dekat kota asal mereka. Seorang tentera perempuan, Kim Ok-Hee, yang melarikan diri ke Korea Selatan, adalah seorang instruktur di Korea Utara disebut 4.25 boot camp, sebuah divisi mekanik yang misinya adalah untuk menjaga garis pantai terhadap serangan musuh.



Meskipun perempuan ditempatkan di barak dipisahkan dari laki-laki, hal ini tidak menghalangi perwira senior dari mencari untuk mengeksploitasi seksual yang merekrut perempuan muda, yang, menurut orang-orang buangan yang telah melarikan diri mimpi buruk ini negara, mereka gunakan sebagai budak seks.

(dailymail)
Read more ►

7 Kes Tembak Mati Di Kelantan Selesai

0 komentar

KOTA BHARU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menganggap tujuh kes pembunuhan yang melibatkan penggunaan senjata api yang berlaku di Kelantan tahun ini selesai apabila kesemua suspek yang terbabit telah dikenal pasti.

Timbalan Menterinya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata suspek yang sudah dikenal pasti itu kini masih diburu berikutan ada antaranya melarikan diri ke negara jiran selepas melakukan jenayah tersebut.

“Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) ada tanya kenapa tak menggunakan mekanisme Interpol. Ini memakan masa kerana proses, prosedur dan undang-undang Interpol memakan masa yang panjang.

“Tapi pokoknya kita mengetahui kes ini dan dalam istilah lain ia telah selesai kerana kita tahu siapa orangnya, bagaimana ia berlaku, ada saksi… sudah mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunju-ngan hormat terhadap Menteri Besar di Kompleks Kota Darulnaim di sini semalam.

Wan Junaidi berkata hasil siasatan mendapati antara motif utama beberapa siri kejadian tembakan tersebut disebabkan perniagaan dan balas dendam serta suspek yang terlibat juga dikenali oleh mangsa. – BERNAMA

Read more ►

Perompak Sempat Jamu Selera

0 komentar

Perompak Sempat Jamu Selera
Perompak Sempat Jamu Selera - ALOR GAJAH : Sekumpulan perompak sempat menikmati beberapa botol minuman segera dan makanan kudapan sebelum melarikan mesin rumput dan wang sebanyak RM300 di sebuah rumah di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, di sini, Jumaat lalu.
Kejadian itu disedari mangsa yang juga bekas Ketua Balai Polis Tiang Dua, Yaakop Kasim, 64, kira-kira jam 8 pagi ketika dia pulang ke rumah seperi biasa untuk menyalin pakaian kerja sebelum menghantar pekerja di kebun di Masjid Tanah.
Menurutnya, sehari sebelum kejadian dia pulang ke rumahnya di Batu Berendam, Melaka, kira-kira jam 6 petang atas urusan keluarga dan sebelum bertolak dia memeriksa rumah pusaka itu supaya berada dalam keadaan selamat.
“Namun, pada pagi kejadian saya terkejut sebaik sahaja membuka pintu rumah yang menghadap ke arah dapur saya mendapati empat keping papan dinding sudah tiada.
“Apabila melangkah sahaja ke dalam rumah saya terus teringatkan mesin rumput dan bergegas ke dalam bilik tengah, telahan saya tepat apabila melihat mesin rumput sudah tiada,” katanya yang mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM1,000.
Yaakop berkata, dia kemudiannya menuju ke dapur dan mendapati kesemua peralatan memasak bersepah di atas lantai manakala kepingan papan serta sebekas sudu bertaburan.
“Satu demi satu laci almari yang ada dalam rumah saya periksa sehinggalah dalam sebuah almari di bilik tengah dan mendapati ada barang lain yang turut hilang namun saya gagal mengingati apakah barang yang hilang itu.
“Kemudian saya lihat beg hitam yang menyimpan duit belanja harian berjumlah RM300 diletakkan pada satu rak berdekatan televisyen berada atas lantai ruang tamu dalam keadaan zip sudah terbuka dan kosong,” katanya.
Menurutnya, mujur motosikal jenis Yamaha yang d
Read more ►

Selasa, 24 Desember 2013

Mayat Kekasih Minta Tolong Cari Jasad

0 komentar
Zainah merupakan seorang gadis yang agak kasar perlakuannya. namun sejak akhir2 ini sikapnya seakan berubah. teman sebiliknya, faridah sedikit terkejut dengan perubahan yang berlaku ke atas rakannya. hampir setiap malam zainah akan keluar dari bilik dan berkunjung ke kafe siber.

nick name julia dan zack menghias skrin komputer. hampir 4 jam mereka berchatting tanpa henti di channel tersebut.zainah makin terhibur dengan pertemuan yang tidak diduga ini. ianya akhirnya berlarutan selama berbulan2.

zainah makin rapat dengan zack sekalipun tidak mengenali rupa paras masing2.tambah mengejutkan sikap dan pakaian zainah turut berubah. dia yang dulunya sedikit kasar dan gemar memakai pakaian ala lelaki kini kelihatan bertambah ayu dengan penampilan barunya.zainah meneruskan rutin hariannya malam itu.janjinya pada zack untuk bertemu jam 8mlm tidak akan dimungkirinya. malam makin tua namun nick name zack masih belum muncul. jam di dinding berdenting 12 kali dan zack belum muncul.


biarpun kecewa dengan apa yang berlaku. namum zainah tidak putus asa. dia msih meneruskan rutin hariannya ke kafe siber setiap hari untuk bertemu zack walaupun usaha yang dilakukannya itu tidak berjaya. seminggu berlalu pergi dan zainah masih setia menanti. malam itu dia bertuah kerana dapat berbual dengan zack yang dinantinya sekian lama.

julia :kenapa dh lama x on9?lama sy cri awak, telefon pun xdpt.awak pergi mn?
zack:saya ada masalah skit.trpksa prgi tmpt lain, sbb tu x dpt contact awak.
julia : awak x sihat ker?

tiada jawapan..... zack mengambil langkah mendiamkan diri setelah diajukan soalan itu. tak sampai hati rasanya nak memaklumkan perkara tersebut. namun begitu dia terpaksa memberitahu segalanya kerana hanya zainahlah yang mampu membantunya.

julia :naper x reply balik?awak still ader ker?

zack: yerp, ader lagi neh.dan sya akan sntiasa ader di cc awak slalu.julia, saya nk mntak tlg ley x?
julia :apa dia?slagi sy ley tlg, sy akan tlg

zack:biarpun keadaan x sm lg mcm dulu tp prasaan trhadap awak masih kuat
julia : apa yg awak ckp ni?sy x fhmlah. keadaan apa yg x sm? awak nper neh?

zack: hrp awak x trkejut ngan brita nih.sy kemalangan mgu lpas sbb itulah x dpt contact awak. sy luka parah, byk darah hilang...sy tercmpk dlm semak dan cba dptkan bantuan ttp hampa
julia :hbis skang awak katner?keadaan awak?

zack: sy masih lagi di sni.menantikan prtolongan di Kilometer 8, Jalan Panglima Garang. hrp awak dpt mnyelamatkan sy.

perbualan terhenti di situ. zainah seakan terpaku dengan berita yang diterimanya. tanpa berlengah lagi dia terus menghubungi keluarga zack bagi mendapatkan kepastian dan ternyata mereka masih mencari zack yang dipercayai hilang sejak seminggu yang lalu.

air mata zainah mengalir deras di pipinya dan tanpa membuang masa dia terus bergegas ke tempat yang dimaksudkan, ditemani rakan sebiliknya, faridah. setibanya mereka di sana, kelihatan beberapa buah kereta polis dan ahli keluarga zack. bau busuk menerawang ke merata tempat dan tidak lama kemudian mayat zack diusing keluar dalam keadaan yang amat menyedihkan.

sekalipun sedih dengan apa yang terjadi namun zainah amat berpuas hati kerana dapat menyelamatkan zack dari terus menjadi mangsa di situ dan persoalannya kini siapa yang berchatting dengannya malam tadi?
Read more ►

Lelaki Ini Mengangkat Tangannya Selama 38 Demi Mengabdi Pada Dewa Siwa

0 komentar

Amar Bharti adalah seorang pekerja pada sebuah perusahaan di New Delhi. Sejak 38 tahun lalu dia memutuskan untuk meninggalkan aktivitias duniawinya untuk mengabdikan diri kepada Dewa Siwa. Sebuah keputusan yang sangat extrim menurut sebahagian orang kerana untuk melakukan itu dia harus meninggalkan keluarga dan rumahnya.

Dari sumber yang saya terima sejak saat itu Amar Bharti mengangkat lengan kanannya secara vertikal dan tidak pernah menurunkannya lagi, hingga seperti yang dapat anda lihat dalam gambar tangannya berubah dari bentuk normal. Mengenai informasi lengkap dari ritual ini saya belum menemukan referensinya, mungkin pembaca sekalian dapat memberikan informasinya kepada RealiFact. Amar Bharti melakukan ini sejak tahun 1973 silam.

Keyakinan agama memang boleh membuat seseorang melakukan hal yang diluar nalar manusia, saya yakin pembaca semua memahami hal itu.








SUMBER
Read more ►

Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop

0 komentar


‎~Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop~
Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama. Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran

Aquarius- Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu. Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Aries -Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.

Taurus -Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

Gemini- Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain

Cancer -Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.

Leo -Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

Virgo -Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Libra -Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Scorpio -Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Sagitarius -Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

Capricorn -Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Read more ►
 

Copyright © Ambil Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger