Perompak Sempat Jamu Selera - ALOR GAJAH : Sekumpulan perompak sempat menikmati beberapa botol minuman segera dan makanan kudapan sebelum melarikan mesin rumput dan wang sebanyak RM300 di sebuah rumah di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, di sini, Jumaat lalu.
Kejadian itu disedari mangsa yang juga bekas Ketua Balai Polis Tiang Dua, Yaakop Kasim, 64, kira-kira jam 8 pagi ketika dia pulang ke rumah seperi biasa untuk menyalin pakaian kerja sebelum menghantar pekerja di kebun di Masjid Tanah.
Menurutnya, sehari sebelum kejadian dia pulang ke rumahnya di Batu Berendam, Melaka, kira-kira jam 6 petang atas urusan keluarga dan sebelum bertolak dia memeriksa rumah pusaka itu supaya berada dalam keadaan selamat.
“Namun, pada pagi kejadian saya terkejut sebaik sahaja membuka pintu rumah yang menghadap ke arah dapur saya mendapati empat keping papan dinding sudah tiada.
“Apabila melangkah sahaja ke dalam rumah saya terus teringatkan mesin rumput dan bergegas ke dalam bilik tengah, telahan saya tepat apabila melihat mesin rumput sudah tiada,” katanya yang mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM1,000.
Yaakop berkata, dia kemudiannya menuju ke dapur dan mendapati kesemua peralatan memasak bersepah di atas lantai manakala kepingan papan serta sebekas sudu bertaburan.
“Satu demi satu laci almari yang ada dalam rumah saya periksa sehinggalah dalam sebuah almari di bilik tengah dan mendapati ada barang lain yang turut hilang namun saya gagal mengingati apakah barang yang hilang itu.
“Kemudian saya lihat beg hitam yang menyimpan duit belanja harian berjumlah RM300 diletakkan pada satu rak berdekatan televisyen berada atas lantai ruang tamu dalam keadaan zip sudah terbuka dan kosong,” katanya.
Menurutnya, mujur motosikal jenis Yamaha yang d
0 komentar:
Posting Komentar