
KOTA BHARU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menganggap tujuh kes pembunuhan yang melibatkan penggunaan senjata api yang berlaku di Kelantan tahun ini selesai apabila kesemua suspek yang terbabit telah dikenal pasti.
Timbalan Menterinya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata suspek yang sudah dikenal pasti itu kini masih diburu berikutan ada antaranya melarikan diri ke negara jiran selepas melakukan jenayah tersebut.
“Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) ada tanya kenapa tak menggunakan mekanisme Interpol. Ini memakan masa kerana proses, prosedur dan undang-undang Interpol memakan masa yang panjang.
“Tapi pokoknya kita mengetahui kes ini dan dalam istilah lain ia telah selesai kerana kita tahu siapa orangnya, bagaimana ia berlaku, ada saksi… sudah mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunju-ngan hormat terhadap Menteri Besar di Kompleks Kota Darulnaim di sini semalam.
Wan Junaidi berkata hasil siasatan mendapati antara motif utama beberapa siri kejadian tembakan tersebut disebabkan perniagaan dan balas dendam serta suspek yang terlibat juga dikenali oleh mangsa. – BERNAMA
0 komentar:
Posting Komentar